Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Tun Seri Setia Berkenan Sertai Cerapan Hilal Ramadan

By 3 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Melaka)

Melaka, 1 April (Malaysiaaktif) – Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Doktor Haji Mohd Ali Mohd Rustam Yang Dipertua Negeri Melaka berkenan untuk turut bersama didalam Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1443Hijrah bersamaan 2022 Masihi Peringkat Negeri Melaka 2022.

Pemilihan Kompleks Falak Al-Khawarizmi ini sebagai tempat cerapan rasmi setiap tahun ini mendapat perkenan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka kerana menurutnya, “kedudukan Kompleks Falak yang strategik dan menarik ini mampu menjadi kawasan tumpuan orang ramai,” ujar Mohd Ali.

Program anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang diadakan saban tahun ini sempurna dilaksanakan petang tadi telah menetapkan 3 April sebagai 1 Ramadan 1443Hijrah memandang kedudukan hilal pada 29 Syaaban tidak memenuhi kriteria Imkanur Rukyah seperti yang ditetapkan Jawatankuasa Rukyah seluruh Negeri Melaka dan seluruh Malaysia.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tanjung Bidara, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil dan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum.

-ZS-

Tinggalkan komen anda