Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

200 Orang Sertai “Sik Funwalk” Langkah Menuju Endemik COVID-19 2022

By 1 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusmila Yusof (Sik)

SIK, 1 April (Malaysiaaktif) – Lebih 200 orang telah menyertai program “Sik Funwalk” Langkah Menuju Endemik COVID-19 2022, dalam Program Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Bersama Ketua-ketua Jabatan Zon Tengah (Sik, Kuala Muda dan Yan) di Pejabat Kesihatan Daerah Sik, di sini semalam.

Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Sik dengan kerjasama Hospital Sik dan Pergigian Sik dihadiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Othman Warijo, Timbalan-Timbalan Pengarah, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan Zon Tengah.

Menurut Othman Warijo, Malaysia telah berhadapan dengan pandemik COVID-19 selama dua tahun akan beralih ke fasa endemik bermula 1 April 2022.

“Program ini juga bertujuan agar semua yang hadir boleh beramah-mesra dan meningkatkan kerjasama di antara Pengarah Kesihatan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan Zon Tengah, petugas-petugas Kesihatan, Ketua-ketua Agensi dan komuniti setempat,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda