Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

376 Terima Sumbangan Hari Raya di Jasin

By 28 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)

MERLIMAU, 28 April (Malaysiaaktif) – Seramai 376 orang di Daerah Jasin telah menerima sumbangan sempena Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menurut Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka Datuk Kalsom Noordin objektif program ini adalah bagi menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Melaka kepada golongan yang memerlukan bantuan semasa perayaan.

“Di samping itu ia juga memberi kesejahteraan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti keluarga miskin, warga emas, orang kurang upaya dan juga ibu tunggal,” ujarnya semasa merasmikan masjlis tersebut.

Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Jasin telah berlangsung di Dewan MPJ Lipat Kajang, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda