Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Festival Kuih Tradisional Hidupkan Tradisi Lama

By 28 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Amirul Miza Mohd Tamizi (Melaka)

Sungai Rambai, 28 April (Malaysiaaktif) – Kuih koya, bahulu, karas, penderam, kapit dan ros adalah antara kuih tradisional yang telah dihasilkan oleh sepuluh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Sungai Rambai di Festival Kuih Tradisional Dan Pelita Raya, di sini semalam.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata masyarakat terutamanya generasi muda perlu tahu kaedah kuih ini dihasilkan agar tradisi kita sentiasa hidup dan tidak dilupakan.

“Kemeriahan sambutan Hari Raya tahun ini benar-benar dirasai setelah dua tahun kita tidak dapat menyambutnya seperti biasa, namun kita harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” ujarnya lagi.

Selain itu sepuluh kawah dodol juga dimasak oleh penduduk tempatan sebagai tradisi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

-ZS-

Tinggalkan komen anda