Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Cassidy Lisut (Sarawak)
KUCHING, 19 April (Malaysiaaktif) – Seramai 10 orang warga JaPen Sarawak menyertai Aktiviti Pinjaman Berkelompok di Pustaka Negeri Sarawak yang diadakan julung kalinya sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta 2022, di sini, semalam.
Penolong Pustakawan Pusat Sumber dan Fotografi (PSF) Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka (BKVS) Noralia Harun berkata, sesebuah agensi layak meminjam buku sebanyak 200 naskhah selama dua bulan.
“Di atas permintaan ramai, kali ini kita hanya meminjam sebanyak 82 naskhah buku dengan pelbagai genre,” katanya.
Aktiviti Pinjaman Berkelompok ‘Bulk Loan’ itu merupakan kolaborasi di antara Pustaka Negeri Sarawak dan PSF, JaPen Sarawak.
-ZS-