Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

50 Keluarga Terpilih Terima Sumbangan Yayasan Sultan Azlan Shah

By 20 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Faisal Ahmad Tarmizi (Perak)

KUALA KANGSAR 19 April (Malaysiaaktif) – Seramai 50 keluarga terpilih menerima sumbangan dan diraikan dalam Program Penyerahan Infak Ramadan 2022, kurniaan Yayasan Sultan Azlan Shah di Kediaman dan Pejabat Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar semalam.

Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Datuk Seri Wan Fadzir Haji Wan Hussain telah menyampaikan sebanyak 12 kotak makanan dan duit raya kepada penerima dari mukim dalam daerah Kuala Kangsar.

“Program Infak Ramadan 2022 kurniaan Yayasan Sultan Azlan Shah ini bertujuan membantu meringankan beban rakyat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Wan Fadzir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda