Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Khidmat Sukarelawan Masyarakat Terus Dihargai oleh Kerajaan Negeri

By 19 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Kedah)

YAN, 18 April (Malaysiaaktif) – 100 orang yang terdiri daripada bidan, penggali kubur, guru Al-Quran dan bomoh patah sekitar daerah Yan telah diraikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Hj Muhammad Sanusi Md Nor hari ini di Masjid Al-Wusto, Guar Chempedak.

Sumbangan ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Kedah bagi mengenang jasa dan pengorbanan golongan ini dalam khidmat bakti mereka kepada masyarakat.

“Betapa besarnya jasa insan-insan yang diraikan ini kepada masyarakat dan pentingnya peranan mereka di dalam kehidupan kita sejak dari lahir hingga penghujungnya,” ujar beliau dalam ucapannya.

“Sangat besar jasa mereka kepada masyarakat tanpa mengharapkan sebarang bayaran khusus dan ia wajar di jadikan pencetus kesedaran kita untuk mengenang jasa mereka dengan pelbagai cara,” tambah beliau lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda