
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 16 April (Malaysiaaktif) – AMS Trust Company Limited dan AMS Properties Limited menyantuni golongan kurang bernasib baik di pulau ini melalui Program Ziarah Kasih Ramadan 2022.
Menurut Pengerusinya, Azizan Mohd Som, program itu sudah menjadi tradisi pihaknya apabila menjelang Ramadan setiap tahun.
“Sudah menjadi konsep perniagaan kami untuk menyumbang kembali hasil keuntungan syarikat kepada masyarakat.
“Seramai enam individu menerima bantuan duit raya serta keperluan dapur bernilai RM 500 setiap seorang,”katanya yang ditemui semasa menyampaikan bantuan itu pagi tadi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail turut memuji usaha AMS Trust yang sentiasa membantu warga Labuan yang kurang bernasib baik dan berharap program itu akan diteruskan di masa hadapan.
-ZS-