Laporan/foto: Fitri Halim (Pahang)
BERA, 16 April (Malaysiaaktif) – “Jangan bawa masuk fahaman politik ke masjid kerana masjid adalah tempat mulia dan tidak seharusnya dijadikan tempat untuk berpolitik,”.
Demikian titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda berkenan mencemar duli merasmikan masjid baru Masjid Al-Muktakin, Kampung Mengkarak, di sini, semalam.
Baginda juga bertitah agar masjid yang baru dibina ini memberi keselesaan kepada jemaah yang datang mendirikan solat dan dapat dimanfaatkan dengan aktiviti kerohanian.
Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya dan sumbangan komputer riba kepada 10 orang pelajar yang terpilih.
-ZS-