Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 15 April (Malaysiaaktif) – Usaha untuk menghidupkan semula perdagangan barter antara Labuan dan Filipina perlu disegerakan.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, beliau menyokong hasrat Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim yang ingin mengaktifkan semula perdagangan barter di Labuan.
“Aspek keselamatan harus diteliti kerana masalah yang pernah berlaku dulu, tapi demi ekonomi Labuan tindakan proaktif dalam mengaktifkan semula barter trade harus dimulakan segera.
“Labuan ada kelebihan sebagai pulau bebas cukai untuk lebih kompetitif dalam perdagangan ini jika harga dan produk yang ditawarkan juga kompetitif,”katanya semasa ditemui pada Program Iftar dan sumbangan kepada Asnaf Asian Supply Base Sdn Bhd, semalam.
Pada program itu, seramai 120 orang penerima terdiri anak yatim, orang kurang upaya (OKU), pelajar tahfiz dan ibu tunggal menerima bantuan duit raya dan keperluan dapur.
-ZS-