Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bantuan Beras Bangsa Johor akan Diedarkan Esok

By 26 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 26 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 3,200 buah pek beras akan diedarkan kepada penduduk sekitar Kota Iskandar sempena Program Bantuan Beras Bangsa Johor Fasa 1 mulai esok.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Pandak Ahmad pelbagai agensi kerajaan turut sama membantu bagi melancarkan proses edaran bantuan beras kepada setiap rumah penduduk di kawasan ini.

“Antaranya adalah Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Agama Islam Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Johor Bahru dan sukarelawan Southern Volunteers,” katanya selepas sesi taklimat bersama agensi kerajaan bertempat di Dewanraya Gelang Patah, di sini hari ini.

Seramai 912,483 ketua isi rumah di negeri Johor akan menerima sumbangan 10 kilogram beras dan ini akan memberikan manfaat kepada 3.67 juta rakyat Johor dan edaran dijangka selesai pada 28 Mei 2022.

-ZS-

Tinggalkan komen anda