Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)
KUANTAN, 26 April (Malaysiaaktif) – Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Universiti Pertama milik penuh Kerajaan Negeri Pahang menganjurkan Majlis Konvokesyen Pertama Program Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang, di sini semalam.
“Program Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang dengan kerjasama UnIPSAS ini merupakan lapangan yang penting sebagai medan untuk penjawat awam dilatih dan dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran yang sesuai dengan bidang tugas masing-masing.
“Di samping itu ianya memperkasakan kemahiran yang pelbagai seperti komunikasi, kaunseling, pengajian jawi dan sebagainya,” kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan perasmian.
Tambah beliau, usaha yang baik melalui pelaksanaan Program Profesional Pentadbiran Awam Negeri Pahang ini mampu menobatkan pentadbiran Kerajaan Negeri sebagai organisasi tersohor dalam melonjakkan pengetahuan dan kemahiran penjawat awam demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
-ZS-