Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Bazar Ramadan Chengkau Tambah Rezeki Peniaga

By 13 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Malini Md Yunos/Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 13 April (Malaysiaaktif) – Peniaga bazar Ramadan Chengkau amat berterima kasih kepada pihak berkuasa tempatan di daerah Rembau kerana memberikan permit sementara berniaga pada bulan Ramadan.

Seorang peniaga kuih putu piring Zaini Abu Bakar, 57, berkata kuih yang dijualnya digemari masyarakat tempatan dan mendapat permintaan amat menggalakkan daripada pelanggan.

“Saya bersyukur dengan rezeki berniaga, walaupun sederhana tetapi tetap ada malahan membantu menambah pendapatan menyediakan keperluan harian dan menjelang Aidilfitri,” katanya.

Bazar Ramadan Chengkau merupakan lokasi tumpuan penduduk tempatan membeli juadah berbuka puasa kerana menawarkan pelbagai menu menarik seperti kuih putu piring, kuih-muih tradisional, ayam golek, gulai lemak cili api, pelbagai jenis air balang dan lain-lain lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda