Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah Berkenan Sampaikan Sumbangan Aidilfitri

By 13 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Maherah Marina Mahussin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 13 April (Malaysiaaktif) – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri 1443H  kepada golongan asnaf dan pelajar di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, semalam.

Pada majlis itu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Pengerusi YDSM dan Sultanah Nur Zahirah selaku Penaung YTNZ telah menyampaikan sumbangan kepada 675 penerima dari seluruh negeri Terengganu yang terdiri daripada 350 fakir miskin, 210 murid miskin, 90 pelajar tahfiz dan 25 pengayuh beca.

Mereka menerima sumbangan antara RM200 dan RM500 setiap seorang termasuk hamper.

-ZS-

Tinggalkan komen anda