Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tujuh Hospital KPJ Wilayah Selatan Masak Bubur Lambuk Serentak

By 13 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)/Hospital Pakar KPJ Johor

JOHOR BAHRU, 13 April (Malaysiaaktif) – Buat pertama kali tujuh buah hospital pakar KPJ Wilayah Selatan telah menyediakan bubur lambuk secara serentak di hospital masing-masing, baru-baru ini.

Sejumlah 25 periuk bubur lambuk telah disediakan oleh anggota pekerja KPJ Johor, KPJ Puteri, KPJ Bandar Dato’ Onn, KPJ Pasir Gudang, KPJ Batu Pahat, KPJ Kluang dan KPJ Bandar Maharani bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan pada tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor, Mohd Azhar Abdullah,  seramai 20 orang warga kerja KPJ Johor secara bergotong-royong menyediakan bubur lambuk Ihya Ramadan KPJ Johor.

Bubur lambuk itu diagihkan kepada kakitangan KPJ, pesakit dan masyarakat sekitar hospital-hospital KPJ Wilayah Selatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda