Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pembayaran Tanpa Tunai di Bazar Ramadan Perlis Semakin Meluas

By 12 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini binti Hanapiah/Anuar Che Amat (Perlis)

ARAU, 12 April (Malaysiaaktif) – Pembayaran tanpa tunai di bazar Ramadan negeri Perlis yang diperkenalkan pada tahun 2021 kini semakin meluas.

Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang melakukan tinjauan mendapati hampir 90 peratus peniaga telah mendaftar menggunakan Maybank QR Pay.

“Di era peralihan fasa pandemik ke fasa endemik, urusan secara dalam talian adalah sangat digalakkan untuk mengekang penularan COVID-19.

“Di samping itu ianya membantu memudahkan urusan pembelian dalam membantu meningkatkan ekonomi peniaga tempatan,” kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perlis, YB Tuan Azizan Sulaiman ketika ditemui dalam program jelajah mesra bersepadu bersama beberapa agensi pada petang semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda