Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Politeknik Port Dickson
PORT DICKSON, 5 April (Malaysiaaktif) – Lepasan graduan politeknik jurusan senibina boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains secara Luar Pesisir di Politeknik Port Dickson (PPD).
Ketua Program Luar Pesisir Universiti Sains Malaysia (USM) – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) PPD, Nornawar Laili berkata, PPD mempunyai kumpulan pensyarah yang berpengalaman dan mempunyai kelayakan bagi menjayakan program ini.
“Mereka menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi tanpa mengira beban yang mungkin bertambah dan diharap PPD dapat menarik perhatian serta penglibatan arkitek berpraktis dalam melibatkan diri yang akan menjadi nilai tambah kepada program ini,” katanya ketika sesi Lawatan Pemeriksa Luar ke PPD, baru-baru ini.
Program dengan kerjasama KPT melalui agensinya Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan PPD ini bertujuan untuk membuka peluang pendidikan melintasi sempadan kampus selaras dasar kerajaan menyediakan peluang pendidikan tinggi dan mendorong rakyat mendapat pendidikan.
-ZS-