Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Bekas Pekerja Perwaja Kemaman Terima Pampasan

By 25 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 25 April (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyampaikan pampasan kepada bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd di Chukai, di sini semalam.

Seramai 709 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd telah menerima pampasan antara RM3,000 hingga RM20,000 seorang.

Menurut seorang penerima pampasan dari Chukai, Kam Tai Seng, 58, beliau berasa terharu dan dihargai apabila selama 20 tahun berkhidmat dengan Perwaja Steel Sdn Bhd mendapat bayaran tersebut.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Ahmad Said dan Setiausaha Agong Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Kamarul Baharin Mansur.

-ZS-

Tinggalkan komen anda