Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

JUMPER Yakinkan Belia B40 Kembang Perniagaan

By 11 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Norlia Mili (Sarawak)

SEMARIANG, 11 April (Malaysiaaktif) – Program Jom Jadi Perantis (JUMPER) anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) berjaya meningkatkan keyakinan golongan belia B40 untuk mengembangkan perniagaan mereka.

JUMPER adalah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.

Pengalaman menjaja ayam goreng secara kecil-kecilan telah mendorong Muhd Hafiz, 33, menyertai program JUMPER sejak tiga tahun lalu. Beliau merupakan usahawan belia yang pertama menerima  geran pembiayaan daripada PUNB.

“Hasil bimbingan daripada PUNB, saya berjaya membuka  restoran makanan segera di Bandar Baru Semariang.

“Istimewanya, pelanggan boleh  menikmati  ayam goreng yang setanding rasanya dengan restoran makanan segera terkemuka pada harga mampu beli,” katanya di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda