Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

‘Black Market’ antara Penyebab Kegiatan Rasuah dalam Perkhidmatan Awam

By 18 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Latifah Salleh/Haliza Mohd Taib (Johor)

MUAR, 18 April (Malaysiaaktif) – Antara perkara yang boleh menyebabkan rasuah dalam kalangan penjawat awam ialah aktiviti ‘Black Market’ seperti kegiatan dadah, perjudian dan berniaga tanpa lesen.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azmi Alias berkata demikian semasa merasmikan Bengkel Pemantapan Integriti Jabatan Kerajaan Daerah Muar Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor, di sini semalam.

Penguasa Kanan SPRM Negeri Johor Elis Voon Mei Ling pula menjelaskan promosi nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik dapat menyokong inisiatif pencegahan rasuah dalam kalangan penjawat awam.

Menurut salah seorang peserta, Othman Ali, 55, menyifatkan bengkel ini sangat baik dan memberi banyak manfaat kepada para peserta untuk sama-sama membantu kerajaan dalam membanteras rasuah di daerah Muar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda