
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat (Perlis)
PAUH, 18 April (Malaysiaaktif) – Duta Komuniti diharap dapat melahirkan jiwa kepimpinan sukarelawan yang sentiasa membantu masyarakat ketika negara beralih ke fasa peralihan ke endemik
Menurut Exco Penerangan Negeri Perlis, Puan Roziena Ahmad, masyarakat sekeliling perlu dipastikan tidak leka dengan kelonggaran-kelonggaran yang telah diberikan Kerajaan ketika wabak COVID-19 masih belum berakhir.
“Melalui Duta Komuniti ini juga akan memudahkan penyampaian maklumat dan isu-isu setempat ke pengetahuan pihak kerajaan,” ujar beliau ketika pra pelancaran di Dataran Pusat Khidmat DUN Pauh, di sini semalam.
Duta Komuniti merupakan penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam membantu menjayakan konsep 3M (Mengingatkan, Menegur, Menggalakkan).
-ZS-