Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 18 April (Malaysiaaktif) – Majoriti mangsa-mangsa banjir di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir gembira apabila telah menerima bantuan kewangan berjumlah RM1,000 bermula semalam.
Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab, berkata kelayakan menerima bantuan adalah kepada mereka yang berdaftar dan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan.
“Ini yang ditetapkan oleh Jabatan Kebaikan Masyarakat (JKM), Justeru, kita kena akur walaupun ada yang mungkin tidak berpuas hati dengan ketetapan berkenaan,” katanya ketika menyampaikan bantuan berkenaan di sini, semalam.
“Walaupun nilai bantuan tidak sama dengan kerugian dialami tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu keluarga yang terjejas,” tambahnya.
Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Hulu Takir, Taman Permint Perdana, Tok Jembal dan Kampung Batin.
-ZS-