Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Duta Komuniti Ejen Lapangan Pemantauan SOP Endemik

By 21 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 20 April (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) telah menerajui sebuah program yang dinamakan Duta Komuniti dimana duta berkenaan berperanan untuk membudayakan kawalan kendiri oleh komuniti dan mempromosi pematuhan SOP COVID-19.

Pelancaran program duta komuniti bagi peringkat negeri Melaka telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Abdul Hakim Abdul Wahid semasa merasmikan program Karnival Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Tok Leman 1 Lendu, semalam.

“Pemilihan Duta Komuniti ini dilihat sebagai perkara yang penting dalam mempersiapkan rakyat dalam menghadapi fasa peralihan endemik COVID-19. Orang ramai perlu diingatkan mengenai penyakit ini masih lagi berada dikalangan kita dan langkah pencegahan perlu sentiasa diambil”, ujarnya.

Selain itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Jabatan Penerangan selaku peneraju program ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda