
Laporan/foto: Hafizul Adzhari (Alor Gajah)
AYER LIMAU, 19 April (Malaysiaaktif) – Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Bersama Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Doktor Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam di Masjid Namirah Felcra Ramuan China dan Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil telah berlansung baru-baru ini.
Mohd Ali Mohd Rustam, menyerahkan sumbangan kepada barisan Pegawai Syarak Masjid semasa majlis berbuka puasa di Masjid Namirah Felcra Ramuan China dan Solat terawih di Masjid Ubudiah.
Selain itu, sumbangan juga turut diberikan kepada mangsa-mangsa banjir untuk dibaik pulih rumah akibat kerosakan.
“Sumbangan yang diberikan juga dapat meringankan beban kepada mangsa banjir sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi,” tambah beliau lagi.
-ZS-