Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Insentif “One Off” dan Sumbangan Aidilfitri Kepada 305 Pengayuh Beca di Melaka

By 19 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Melaka)

MELAKA, 18 April (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Bahagian Promosi Pelancongan Melaka telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada 305 orang Pengayuh Beca di seluruh negeri pagi tadi bertempat di Auditorium Muzium Rakyat, Melaka.

Majlis yang saban tahun diadakan ini adalah bertujuan membantu pengayuh-pengayuh beca di Melaka selain sebagai tanda ingatan daripada Kerajaan Negeri Melaka bagi meringankan beban menjelang sambutan hari raya yang bakal tiba, tidak lama lagi

Menurut seorang Veteran Beca, Mohamad Awal 65, berkata, “sumbangan ini sememangnya membantu keluarga kami dalam persediaan menyambut syawal dan berasa amat bersyukur kerana setiap tahun Kerajaan Negeri Melaka tidak pernah melupakan ‘kami’ pengayuh-pengayuh beca Melaka disini,”

Majlis bacaan Yassin dan Pelancaran E-Wallet Touch and Go kepada semua Pemilik Beca Melaka sebagai kaedah mesra pengguna sesuai dengan peredaran masa turut diadakan dan membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Melaka kini berada pada tahap tinggi setanding negara maju lain, telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda