Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

KETENGAH Santuni Para Imam dan Bilal

By 19 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 18 April (Malaysiaaktif) – Seramai 202 orang imam dan bilal di Daerah Kemaman menerima sumbangan kewangan membabitkan peruntukan sebanyak RM40,040 dalam Majlis KETENGAH Ambik Cakna Program Ihsanul Qura’ yang telah berlangsung di Dewan Darul Iman Training Centre (DITC), Kijal, pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KETENGAH Holdings Sdn Bhd, Zaid Sulaiman, berkata sumbangan kewangan diberikan sebagai tanda penghargaan kepada masjid dan surau termasuk imam serta bilal di wilayah KETENGAH.

“Sumbangan kepada masjid dan surau tersebut menggunakan kewangan daripada tabung Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KETENGAH Holding Sdn Bhd (KHSB),” katanya.

Menurut seorang Bilal Masjid Sultan Ahmad Shah, Kemaman Mohd Sya’rani As’sharri, 33, dia bersyukur dan gembira kerana dapat berkumpul dan berjumpa dengan para imam dan bilal pada hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda