Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

‘Jom Baca Bersama 10 Minit 2022’ Pupuk Minat Membaca Keluarga Malaysia

By 21 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/JaPen (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 21 April (Malaysiaaktif) – “Budaya membaca wajar dijadikan sebagai satu gaya hidup dalam kalangan Keluarga Malaysia. Amalan membaca adalah langkah pertama kepada segala kemajuan dan menjadikan manusia lebih berdaya maju dan matang dari segi pemikiran,” kata Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Datuk Sri Mohammad Bin Mentek dalam ucapan perasmian ‘Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2022’ di sini, pagi tadi.

Program anjuran Pusat Sumber K-KOMM ini merupakan program tahunan bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Program diadakan serentak di seluruh negara bertujuan memberi kesedaran serta meningkatkan amalan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pelbagai usaha menggalakkan budaya membaca telah dilaksanakan dan pada masa kini masyarakat turut digalakkan membaca melalui media elektronik dan tidak lagi terhad kepada media cetak seperti buku, majalah dan surat khabar sahaja.

“Saya menyokong penuh usaha dalam mewujudkan gerbang tunggal (single gateway) kepada pelbagai sumber maklumat melalui platform Perpustakaan Digital Negara atau portal u-Pustaka yang asalnya diwujudkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Pos Malaysia,” menurut Mohammad.

“Kepelbagaian sumber maklumat yang tersedia di dalamnya sama ada dalam bentuk cetak atau digital boleh diakses secara global melalui internet dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat,” tambahnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda