Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Bakul Kasih Ramadan PKNK Gembirakan Golongan Asnaf

By 21 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Nor Asikin Haria (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 20 April (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang asnaf daripada penerima bantuan bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah telah menerima sumbangan pada Program Bakul Kasih Ramadhan, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, (PKNK) bersama ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah pagi tadi, bertempat di Dewan Masjid Al-Halimi Bandar Baharu.

Norsabrina berkata “kepada PKNK tolong tengokkan Bandar Baharu kerana masih banyak perkara yang perlu dibangunkan khususnya pembangunan Industri Kecil Sederhana (IKS).

“Semoga selepas ini program-program seumpama ini di dapat di bawa lagi ke Daerah Bandar Baharu untuk memberikan manfaat kepada lebih ramai asnaf yang memerlukan,” ujarnya lagi.

Salah seorang penerima sumbangan Basri Jaafar, 77, berkata “saya sangat-sangat bersyukur menerima bantuan sumbangan ini dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya sekeluarga,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda