Laporan/foto: Erzufariza Zulkifly/Akma Laily Hamdan (Pahang)
MARAN, 27 April (Malaysiaktif) – Program Kasih Ramadhan Mengacau Bubur Lambuk Bersama Masyarakat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Parlimen Maran mendapat sambutan menggalakkan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Maran YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Haji Abd Muttalib merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini khususnya kepada pihak FELDA Wilayah Jengka yang berjaya mengumpul peserta mengacau bubur lambuk.
“Bahan-bahan di dalam bubur lambuk boleh digambarkan sebagai satu kelompok masyarakat yang kita gaul bersama di dalam satu kawah atau periuk bagi membentuk Keluarga Malaysia,” kata beliau ketika merasmikan program tersebut, di sini semalam.
Program yang berlangsung di Felda Jengka 3 itu diserikan dengan pertandingan memasak bubur lambuk oleh 20 kumpulan peserta warga Felda, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan.
-ZS-