Laporan/foto: Irman Yusoff/M.Yamuna (Pahang)
TEMERLOH, 27 April (Malaysiaaktif) – Hasrat seorang wanita untuk memiliki rumah sendiri kini bukan lagi mimpi apabila beliau menerima kunci rumah melalui projek Rumah Rakyat Pahang yang merupakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri.
Nurfadilah Ahmad, 39, yang ditemui di rumah barunya di Kampung Berhala Gantang sangat gembira dan bersyukur atas rezeki yang diterimanya.
“Syukur kepada Allah kerana impian saya untuk memiliki rumah sendiri telah tercapai,” ujar beliau, di sini semalam.
Turut hadir semasa penyerahan kunci rumah beliau Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Semantan, Dato’ Azmi Mat Ludin dan wakil Pegawai Daerah Temerloh.
-ZS-