Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)
KANGAR, 21 April (Malaysiaaktif) – Kaunter Zakat Pandu Lalu di kawasan letak kereta perkarangan Masjid Alwi, Kangar memberi kemudahan bagi mereka yang ingin membuat urusan pembayaran zakat dengan pantas dan mudah.
“Kaunter kutipan zakat kini telah mula beroperasi pada setiap hari mulai 9.00 pagi sehingga ke malam raya,” menurut Imam merangkap amil zakat Masjid Syed Alwi, Ismail Hashim.
“Sambutan anak jemaah sangat baik bagi kaunter zakat pandu lalu ini, mereka amat menyokong perlaksanaannya. Alhamdulillah, tahun pertama PKP iaitu dua tahun lepas, kaunter zakat pandu lalu Masjid Alwi dapat mengeluarkan sebanyak 25,000 helai resit pembayaran bersamaan dengan kutipan RM175,000” ujarnya lagi.
Bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di Perlis pada tahun ini kekal pada kadar RM7 seperti tahun sebelumnya.
-ZS-