Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

HELWA Raikan Ramadan dengan Khatam Al-Quran

By 21 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Latifah Salleh (Johor)

MUAR, 21 April (Malaysiaaktif) – Majlis Khatam Al-Quran anjuran Hal Ehwal Wanita Daerah Muar (HELWA) bersama 100 orang peserta daripada Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan, Jabatan Kerajaan, dan Ibu-ibu Tunggal telah diadakan di Dewan Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar, hari ini.

“Program ini diadakan setiap tahun di Bulan Ramadan bagi mendapat keberkatannya. Selain itu juga kelebihan membaca Al-Quran di Bulan Ramadan untuk memupuk rasa semangat Istiqamah, mendapat pahala berlipatkali ganda,mendapat ketenangan hati dan mendapat keredhoan Allah S.W.T.” ujar Masita Masnon, Pengurusi HELWA Daerah Muar.

Terdahulu majlis khatam quran dipimpin oleh Hasinah Abdul Rahman, Penyelia Al-quran Daerah Muar.

Sebelum bersurai, Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan dan cenderahati oleh Masita Masnon kepada sepuluh orang ibu tunggal yang terpilih.

“Saya berharap dengan sedikit sumbangan raya ini mampu membantu meringankan sedikit beban ibu-ibu tunggal ini dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.” tambah beliau lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda