Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kempen Tiada Beg Plastik dan Pemberian Penyedut Minuman Atas Permintaan Disambut Baik Masyarakat

By 28 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Afnan Hakimi Abd Aziz (Marang)/Unit Media DUN Pengkalan Berangan

MARANG, 28 April (Malaysiaaktif) – Kempen Tiada Beg Plastik dan Pemberian Penyedut Minuman Atas Permintaan disambut baik oleh masyarakat di sini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan Sulaiman Sulong kempen sebegini wajar diperluaskan serta dihebahkan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang keburukan penggunaan plastik yang memberi kesan tidak baik kepada alam sekitar.

“Saya berharap agar masyarakat khususnya warga Marang menyahut kempen yang diadakan ini bagi menjaga alam sekitar dengan baik,” katanya ketika merasmikan kempen anjuran Majlis Daerah Marang itu bazar Ramadan Pekan Wakaf Tapai, di sini baru-baru ini.

Sulaiman turut menyampaikan sumbangan apron kepada peniaga-peniaga bazar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda