Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kerajaan Persekutuan Komited Bantu Mangsa Banjir

By 16 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irman Yusoff (Temerloh)

TEMERLOH, 16 April (Malaysiaaktif) – Kerajaan Persekutuan tetap komited dalam usaha memberi bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, YB Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata kerajaan akan memastikan semua mangsa banjir menerima bantuan dan tiada yang akan tercicir.

“Bantuan kali ini turut diberikan kepada Ketua Isi Rumah Keluarga Malaysia yang tercicir nama yang turut menjadi mangsa banjir pada tahun 2020,” ujar beliau sewaktu berucap di Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Monsun Timur Laut 2021/2022 bagi Dun Jenderak.

Seramai 286 penerima sumbangan menerima bantuan sebanyak RM2,500.00 dan rata-rata penerima bersyukur atas sumbangan yang diterima tambahan pula menjelang Aidilfitri yang bakal tiba menjadikan ia lebih bermakna.

-ZS-

Tinggalkan komen anda