Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kuih Tradisional ‘Bongkok’ Laris Sepanjang Ramadan

By 16 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

DURIAN TUNGGAL, 16 April (Malaysiaaktif) – Kuih Bongkok namanya agak asing dikalangan generasi baharu namun bagi sesetengah masyarakat kuih ini amat ‘rare’ kerana agak sukar untuk mendapatkannya berikutan pembuatnya yang semakin berkurangan.

Menurut pengusaha kuih tradisional, Fadilah Ishak, kerja-kerja memasak kuih bongkok agak leceh sehingga ramai yang tidak berminat mempelajarinya, walaupun bahan-bahannya hanya menggunakan tepung beras, tepung ubi dan santan namun operasi memasak dua kali dan cara pembungkusnya membuatkan ramai yang kurang minat.

“Dalam bulan Ramadan saya akan mula memasak seawal jam 10.00 pagi dan mula menjual seawal jam 2.00 petang, permintaan amat menggalakan dikalangan masyarakat apabila setiap hari lebih 300 bungkus terjual sepanjang Ramadan,” katanya.

“Walaupun kos bahan mentah naik, saya tetap menjual dengan harga sama setiap tahun, RM1 sebungkus, kerana bagi saya berniaga sambil beramal akan mendapat rahmat dan semestinya pelangan akan datang lagi,” ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda