Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pastikan Kulai Terus Membangun

By 25 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Saipul Nizam Ibrahim (Kulai)

KULAI, 25 April (Malaysiaaktif) – Kulai mempunyai potensi besar menjadi sebuah daerah yang pesat membangun pada masa hadapan kerana kedudukannya yang strategik.

Menurut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, dengan kedudukan Kulai yang strategik, menjadi hasrat kerajaan negeri untuk memastikan daerah Kulai terus membangun seperti daerah-daerah lain.

“Vendor luar seperti Syarikat Mercedes Benz turut berminat untuk membuka pusat jualannya di daerah ini.

“Namun usaha ini memerlukan kerjasama erat antara pemimpin tempatan, agensi kerajaan dan masyarakat bagi meningkatkan lagi ekonomi penduduk di daerah ini secara tidak langsung,” katanya di Majlis Berbuka Puasa di Dewan Raya Putra, Bandar Putra Kulai petang semalam.

Majlis juga turut memberi sumbangan Ramadan kepada 100 orang yang terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim dan orang kurang upaya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda