Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Majlis Iftar Ramadan Bersama Warga Asing

By 20 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

NILAI, 18 April (Malaysiaaktif) – Diatas keprihatinan kemasyarakatan Masjid Al-Azim Taman Semarak memberi peluang kepada komuniti warga asing muslim mengadakan majlis berbuka puasa khas buat mereka pada setiap hari minggu sebagai meraikan penduduk warga asing di Flat Taman Semarak di sini.

Pengerusi Masjid Al-Azim Md Fakarudin Ab Rahman berkata, kebenaran itu diberi sebagai penghargaan memandangkan mereka merupakan antara jemaah paling ramai mengimarahkan masjid setiap hari selepas wabak COVID-19 melanda negara ini.

“Komuniti warga asing tersebut juga rajin bersedekah dan sempena bulan Ramadan, buat pertama kalinya kita bagi mereka gunakan masjid sebagai tempat untuk memasak juadah dan anjur majlis berbuka puasa untuk komuniti mereka seramai 300 orang,” katanya sewaktu ditemui di majlis ini.

Kebanyakan warga asing beragama Islam yang tinggal di situ ialah warga Bangladesh yang mana kebanyakan daripada mereka sudah menetap di situ lebih dari lima tahun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda