Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Majlis Perasmian Penugasan Sempena Pembukaan Pintu Sempadan Malaysia – Thailand, ICQ’s Bukit Kayu Hitam

By 1 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Sures Maniam (Kubang Pasu)

KUBANG PASU, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Kedah, Tuan Wan Hassan Wan Ahmad, Ketua Polis Kedah telah merasmikan Majlis Perasmian Penugasan Sempadan Pembukaan Pintu Sempadan Malaysia-Thailand di ICQ’S Bukit Kayu Hitam petang tadi.

Lebih dua tahun sempadan negara ditutup bagi mengekang penularan COVID-19. Kerajaan akhirnya mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula sepenuhnya pada 1 April 2022.

Sempena dengan pembukaan ini PDRM Kedah akan menubuhkan OPS Khas Sempadan dengan menggabungkan semua elemen-elemen Polis DiRaja dan unit-unit khas termasuk Jabatan Siasatan Jenayah D9, Kenderaan Forensik D10, Narkotik, Sekatan Jalan Raya, Pasukan Gerakan Am, Mobile Patrol dan sebagainya.

Pasukan ini juga akan menggunakan bantuan Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Balai Polis Changlun untuk membantu pasukan PGA

yang  bersedia mengawal pintu sempadan negara. Pasukan ini juga akan memastikan aktiviti jenayah spt penyeludupan, memperdagangan manusia dapat dibendung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda