Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Majlis Perhimpunan Pagi dan Amanat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Bersama Penjawat Awam

By 10 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasmah Hanafi (Kedah)

BANDAR BAHARU, 10 April (Malaysiaaktif) – Majlis Perhimpunan Pagi Dan Amanat Perkhidmatan Awam bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah diadakan di Dewan Seri Serdang hari ini.

Majlis yang menghimpunkan penjawat awam negeri dan persekutuan ini diadakan buat kali pertama di sini.

“Peringatan kepada Penjawat awam, mereka perlu bekerja lebih pantas dan menjadi seorang pekerja yang di hadapan, sentiasa menunjukkan contoh yang baik dan meninggalkan segala tingkah laku buruk yang boleh menjejaskan imej pentadbiran,” kata
Datuk Paduka Ammar Datuk Shaikh Mahmood Naim dalam ucapannya.

Turut hadir Datuk Norizan Khazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Rohaizat Rashid, Pegawai Daerah Bandar Baharu, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Anggota Perkhidmatan Awam di Daerah Bandar Baharu. Seramai 200 orang penjawat awam menghadiri majlis tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda