Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Program MyDaftar 2022 Dapat Sambutan

By 10 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Hizami Mohd Hanip (Petaling)

SUBANG, 10 April (Malaysiaaktif) – Program MyDaftar 2022 anjuran Pertubuhan Bersatu Padu Masyarakat dan Sosial (PBPMS) di Flat Lembah Subang menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat sekitar.

Pengerusi PBPMS Lembah Subang, S Padmanagan, berkata program berkenaan merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan untuk membantu warganegara yang mengalami kesukaran mendapatkan kad pengenalan diri.

“Usaha ini bagi memastikan anak-anak warganegara Malaysia dapat memohon kad pengenalan atau sijil kelahiran bagi memudahkan urusan di kemudian hari,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, program tersebut mendapat sambutan daripada penduduk sekitar terutamanya kelompok sosial B40.

-ZS-

Tinggalkan komen anda