Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Gotong-royong Memasak Bubur Lambuk Semarakan Perpaduan

By 10 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor A’mirah Daman Huri (Perak)

BAGAN SERAI, 9 April (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Perpaduan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, turun padang santuni penduduk di Taman Serai Perdana, Bagan Serai bagi bergotong-royong memasak bubur lambuk bersempena Program Semarak Perpaduan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Serai Perdana baru-baru ini.

Beliau turut walkabout bersama skuad Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) dan wakil Pegawai Kesihatan Daerah Kerian bagi mengedarkan bubur lambuk dan risalah cegah nyamun Aedes di kawasan sekitar.

Menurut Pengerusi KRT Taman Serai Perdana, Nazri Saidin, kumpulannya menyediakan sebanyak 300 bungkusan bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk setempat dan aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan yang akan dilaksana setiap bulan Ramadan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda