Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Media Perlu Semai Nilai Integriti

By 24 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 24 April (Malaysiaaktif) – Penggiat media di wilayah itu perlu menyemai nilai-nilai integriti dalam melaksanakan tugas serta peranan masing-masing.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan (PL), Rithuan Mohd Ismail, Agama mengajar kita betapa perlunya integriti dalam menyampaikan maklumat dan bertanggungjawab memelihara amanah yang disampaikan.

“Justeru, semaikanlah nilai integriti sama ada informasi yang disampaikan oleh pengamal media rasmi dan profesional mahupun saluran media tidak rasmi seperti Facebook, Youtube dan cabang lain di media sosial,” katanya semasa berucap di Majlis Moreh Bersama Media Dan Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Penyambut Tetamu Perbadanan Labuan, semalam.

Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan atas kerjasama dan hubungan baik di antara PL dan media selama ini.

“Sepanjang hubungan ini, kita sudah menyaksikan pelbagai peristiwa yang bukan sahaja berita positif bahkan berita negatif juga mewarnai persada media Labuan.

“Sungguhpun demikian, situasi di Labuan masih berjalan dengan tenang dan banyak isu dapat diselesaikan oleh pihak yang memikul tanggungjawab itu termasuklah Perbadanan Labuan,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda