
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA
SHAH ALAM, 24 April (Malaysiaaktif) – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menginfakkan lima buah kerusi roda dan dua kerusi roda ‘commode’ (kerusi tandas) bagi kegunaan pesakit yang memerlukan.
Pengarah PSA, Dr Mohd Zahari Ismail, berkata sebahagian daripada sumbangan tersebut merupakan hasil projek pelajar yang membaik pulih kerusi roda dengan pelbagai nilai inovasi dan fungsi tambahan.
“PSA melihat ada banyak ruang untuk kami membantu dan bekerjasama terutama ‘niche area’ (bidang tujahan) PSA adalah bidang kejuruteraan elektronik perubatan,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.
Menurutnya, kerusi roda tersebut diserahkan kepada Tabung Wakaf Khas Kesihatan-Tabung Medic Infak (TWKK-TMI) di Seremban pada Jumaat.
-ZS-