Laporan/foto: A.Prabagaran Assaithampi (Petaling)
SHAH ALAM, 23 April (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Komuniti Bukit Subang bersama Pertubuhan IKRAM Shah Alam mengadakan program ‘Free Market’ di Pangsapuri Melati, di sini semalam.
Yang Di-Pertua IKRAM Shah Alam, Md Mahfudz Md Zan, berkata penduduk setempat menyumbang pakaian dan barangan keperluan rumah terpakai untuk mereka yang memerlukan.
“Temanya ‘Ambil Mana Yang Suka’ diharap dapat membantu masyarakat yang kurang berkemampuan menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.
Menurutnya, IKRAM turut menyerahkan 110 kotak sumbangan barangan dapur kepada keluarga B40 melalui program tersebut.
-ZS-