Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pasar Pekan Lachau Bantu Jana Ekonomi Penduduk Luar Bandar

By 13 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norlia Mili/Lim Poh Choo (Sarawak)

LACHAU, 13 April (Malaysiaaktif) – Pasar Lachau yang terletak kira-kira 140 km dari Bandar Kuching merupakan lokasi penduduk tempatan memasarkan produk makanan dan kraf bagi menambah pendapatan isi rumah.

Pengembara yang menggunakan jalan darat sering memilih pekan Lachau sebagai pusat persinggahan untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke daerah masing-masing.

Menurut Indiana Pengabang, 35, pengunjung sangat ramai pada hujung minggu, dan di antara produk jualan yang laris ialah ikan lumek salai, meskipun harganya yang agak mahal, tetapi tetap menjadi pilihan pembeli.

Selain tamu Pasar Lachau, terdapat hampir 20 buah deretan kedai yang mula beroperasi secara aktif setelah negeri memasuki fasa endemik sejak April lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda