Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Lim Poh Choo (Sarawak)
BAU, 13 April (Malaysiaaktif) – Perjalanan yang agak mencabar sejauh 48 km melalui lebuh raya Pan Borneo bukan halangan bagi pengunjung dalam dan luar negara memilih destinasi ekopelancongan Gunung Bung Bratak yang terletak di Kampung Tembawang Sauh, Bau, untuk aktiviti pendakian gunung.
“Pendakian 400 meter yang mengambil masa 40 minit untuk sampai ke puncak merupakan pengalaman pertama dan saya sangat kagum dengan keindahan alam semulajadi yang dapat dilihat daripada atas puncak Gunung Bung Bratak,” menurut Tina Martin.
Benji Langgan, 40, mengatakan bahawa laluan pendakian amat mudah dan sesuai untuk golongan warga emas serta kanak-kanak yang berminat untuk melakukan aktiviti pendakian gunung.
-ZS-