Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Peacock Eco Park Tarikan Baharu Pengunjung

By 15 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan/Md Fisol Abd Rahim (Pulau Pinang)

PERAI, 15 April (Malaysiaaktif) – Peacock Eco Park yang terletak di Taman Kimsar, Perai merupakan salah satu tarikan baharu negeri Pulau Pinang.

Taman ini amat sesuai untuk dikunjungi semua lapisan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.

Menurut pengusaha taman, D.Paranthaman, 42, semasa ditemui beliau berkata, minat yang mendalam untuk memelihara dan menternak burung merak timbul apabila beliau dihadiahkan sepuluh ekor burung merak oleh bekas Presiden Indonesia pada sepuluh tahun lepas.

“Sehingga kini kami memiliki 235 ekor burung merak daripada pelbagai spesies termasuk merak Jawa, merak Congo dan merak leher biru dari India. Kesemua merak ini dipelihara di rumah dan 25 ekor diletakkan di sangkar.

Beliau juga menjual burung merak tersebut kepada pihak luar yang berminat untuk membeli dan memelihara burung itu.

Burung peliharaan beliau juga pernah dieksport sehingga ke Mauritius dan Afrika Selatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda