Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Penduduk Serting Terima Bantuan, Diraikan Sempena Ramadan

By 16 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidil (Jempol)

JEMPOL, 14 April (Malaysiaaktif) – Majlis Penyampaian Sumbangan oleh Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serting telah di laksanakan di perkarangan kediaman Imam Surau Al-Insaniah, Kg Peladang Serting Ilir baru-baru ini.

Bantuan telah diberikan kepada seramai 20 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim dan warga emas
para penerima sumbangan adalah terdiri daripada penduduk di sekitar Kg Serting Ilir.

“Kita harus sentiasa peka dengan permasalah rakyat apatah lagi sudah dua tahun negara dan ekonomi rakyat diuji dengan pendemik COVID-19, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan khususnya para pemimpin untuk menyuntik kembali semangat rakyat menerusi insentif-insentif mahupun bantuan seperti Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Mangsa Banjir, Bantuan E-Tunai sebanyak RM150 untuk belia yang layak dan sebagainya agar rakyat terutama yang terkesan akibat COVID-19 ini kembali bangkit untuk menjana pendapatan dan meneruskan kehidupan,” menurut Samsulkahar selaku ADUN Serting.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa beliau tidak akan menawarkan diri lagi untuk pilihanraya akan datang dan tahun ini adalah merupakan tahun dan program terakhir beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda