Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sumbangan Infaq Perdana Parlimen Ampang Bantu Selenggara Masjid

By 16 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Sazarina Mohd Noor/Hafizan Hamzah (Hulu Langat)

AMPANG, 15 April (Malaysiaaktif) – Seramai 500 orang terdiri daripada golongan warga emas, asnaf, ibu atau bapa tunggal serta ahli kariah telah diraikan dalam Program Sumbangan Infaq Perdana Parlimen Ampang di Masjid Ubudiah Tasek Tambahan Ampang, semalam.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Ampang, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin menyumbangan sebanyak RM 10,000.00 kepada dua buah masjid dan sembilan buah surau di dalam DUN Lembah Jaya.

Zuraida berkata beliau bersyukur kerana peralihan fasa pandemik ke endemik membolehkan orang ramai datang ke masjid untuk melakukan aktiviti pengimarahan seperti solat berjemaah dan tadarus al-Quran.

“Alhamdulillah duit sumbangan ini boleh digunakan untuk membaiki bumbung dan menampung kos selenggara masjid bagi keselesaan para jemaah,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda