Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Wi-Fi Percuma Inisiatif Smart City MDKP

By 29 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hamidah Md Drus/Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 29 April (Malaysiaaktif) – Sejajar dengan usaha pendigitalan masyarakat di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), perkhidmatan Wi-Fi percuma di bawah Program Smart City Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah ditawarkan di Perhentian Bas dan Teksi Kuala Pilah.

Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Pelancongan MDKP Tengku Nurdiana Syamimi Tengku Zolnurin pemilihan kawasan ini dapat membantu kerajaan memupuk masyarakat luar bandar yang celik digital, berilmu dan progresif.

“Pelaksanaan Digital Kuala Pilah ini tidak terhad kepada pengguna dan penumpang pengangkutan awam malah para pelanggan premis perniagaan yang berhampiran turut menikmati kemudahan yang disediakan.

“Kawasan ini turut menempatkan Lukisan Mural Streest Art dan Medan Malam  yang menjadi ikon pelancongan tempatan Kuala Pilah,” katanya di sini semalam.

Bagi peniaga makanan Ismail Din, 60, kewujudan perkhidmatan Wi-Fi percuma ini menjadi daya tarikan pelanggan untuk singgah dan seterusnya memberi nilai tambah kepada perniagaan beliau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda